..::asal usul solat::..

Assalamualaikum wbt..kite slalu mengerjakan solat 5 waktu sehari tanpa mengetahui akan asal usul solat..entri kali ni mengenai asal usul solat 5 waktu dan maksud2 bacaan dlm solat..

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat.Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.


ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut,iaitu:
Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan,sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur. Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

utk khusyuk dlm solat,kite perlu memahami makna bacaan dlm solat..smoga solat kite dtrima Allah swt..

Allah Maha Besar
(Takbiratulihram)

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi
Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang
mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri
dan aku bukan dari golongan orang
musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku
diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari
golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi
maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan
hanya kepada Engkau kami mohon
pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau
kurniakan nikmat kepada mereka, bukan
jalan mereka yang Engkau murkai dan
bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan
dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
A l lah mendengar pujian orang yang
memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala
pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan
dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat
yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan
rahmat Allah sertakeberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas
hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah dan aku naik saksi
bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh
Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas
Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat
yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan
rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas
hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah dan aku naik saksi
bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh
Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas
Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas
Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas
keluarganya sebagaimana Engkau berkati
ke atas Ibrahim dan atas keluarga
Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi
Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk
sebagaimana orang-orang yang telah Engkau
tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana
orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang
yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-apa yang
telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan
yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang
menetapkan, dan tidak sesiapapun
yang berkuasa menetapkan sesuatu selain
daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang
memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau
musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan
kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala
macam puji terhadap apa-apa yang telah
Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada
Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang
ummi dan sejahtera keatas
keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

"Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu...
namun tak pula aku sanggup
ke NerakaMu.... kami lah hamba yang
mengharap belas darimu."ya Allah
jadikan lah kami hamba2 Mu yang
bertaqwa..ampunkan dosa2 kami.
kedua ibubapa kami.
dosa semua umat2 Islam
yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"

post signature

..::Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Wanita::..

Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Wanita

Assalamualaikum wbt..Entry ni khas utk tatapan dan renungan para wanita diluar sana dan tak terkecuali utk panduan diri saya sdri..


Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...

post signature

..::Surah Al- Faatihah::..

Surah Al- Faatihah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
1.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
2.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.


الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
3.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
4.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).


إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
5.
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.


اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
6.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.


صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
7.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

post signature

..::baca dengan hati seorang ISLAM....!::..

Baca dengan hati seorang ISLAM....!
Assalamualaikum wbt...
Saya ingin berkongsi cerita in dengan anda semua mengenai sikap segelintir orang Melayu kita atau lebih tepat lagi orangIslam di Malaysia.


Kejadian benar ini berlaku di Carrefour Wangsa Maju beberapa hari lepas. Seorang pemuda Islam yang berkerja sebagai 'cashier' di pasaraya tersebut telah menumbuk seorang lelaki cina. Ini berlaku kerana ketika pemuda cina tersebut sedang membayar harga barangan, pemuda Melayu ini telah menegur pemuda Cina ini mengenai gambar baju yang sedang di pakai olehpemuda cina tersebut. Gambar itu ialah seekor babi yang sedang memakai serban di samping seekor anjing yang memakai tudung lambang agama Islam. pemuda Melayu itu bertanya gambar apakah yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut. Dengan rasa bangga dan tidak bersalah, pemuda Cina itu terus menjawab sambil menunjuk ke arah gambar bajunya dengan mengatakan babi yang memakai serban itu ialah Muhammad dan anjing yang memakai tudung itu ialah Khadijah Mendengar jawapan lelaki tersebut, pemuda Melayu ini dengan tidak disangka2, menumbuk muka si Cina tersebut.

Huru hara lah suasana di carrefour itu. Kemudian pemuda Cina itu memaki hamun lalu datanglah Manager Carrefour yang jugaberagama Islam lalu memecat lelaki Melayu tadi.. Apa yang di lakukan oleh Manager Carrefour tadi adalah sa tu etika yang patut di contohi kerana, menumbuk org sesuka hati memanglah salah...Tapi malangnya, Manager tersebut bukan hanya memecat pemuda Melayu tadi yang sedang mempertahankan akidah agama Islam, tetapi turut memaki hamun pemuda Melayu itu dengan kata2 kesat. Pemuda Melayu ini pulang dengan keadaan hampa. Bukan kerana di pecat, tetapi turut di maki hamun oleh saudara seislam yang di sangkanya akan turut manjaga maruah orang Islam selepas dihina oleh laki Cina tadi. Sekarang ni pemuda Melayu ni sedang menunggu untuk disaman oleh Cina tersebut. Beliau bukan takut malah tidak sabar2 untuk menunggu disaman oleh Cina tersebut kerana beliau ada alasan yang kukuh kerana bertindak demikian.

Pengajarannya, sikap pemuda Melayu tadi memang patut di contohi kerana ingin menegakkan agama Islam. Pada anda, berhati2 la..kerana saya percaya, tshirt yang di pakai oleh Cina tadi adalah salah satu strategi orang2 kafir untuk menjatuhkan maruah Islam.

post signature

..::hukum berubat dan mendapatkan rawatan menurut pandangan Islam::..

Assalamualaikum wbt...
Islam merupakan sebuah agama yang syumul dan merangkumi semua aspek dari bermulanya hidup sehinggalah bertemu dengan Rabbul Jalil. Sehinggakan dalam bab menguruskan kehidupan seharian juga tidak terlepas dari kaitan Islam. Saya ingin mengambil satu bab yang merupakan fitrah dalam kehidupan manusia iaitu hukum berubat menurut pandangan fuqaha’, ianya bukan sahaja menjadi tugas seorang doktor sahaja malah ianya menjadi sebahagian dari tugas fuqaha’ dalam memastikan hukum hakam Islam tidak tercemar dengan perkara perkara yang diharamkan oleh Allah.


Secara ringkas, hukum berubat menurut pandangan ulama terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

HARAM
Antara hukum yang dinyatakan oleh para fuqaha’ ialah haram berubat dan ianya terbahagi kepada dua bahagian pula iaitu:
haram secara mutlaq: ianya menurut pandangan para ahli sufi kerana mereka mengamalkan konsep tawakkal.

Dalil mereka dari al-Quran al-Karim ialah :
“Tiadalah satu bencana pun yang menimpa di bumi dan tidak pula pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum kami menciptanya. Sesungguhnya ianya mudah bagi Allah” [1]

Diharamkan kepada mereka yang beri’tiqad bahawa upaya menyembuhkan sesuatu penyakit adalah dari ubat yang digunakan atau yang dimakan bukan dari Allah. Ini adalah pendapat dari sebahagian ulama’ Hanafiah.

HARUS
Sebahagian ulama menyatakan hukum berubat adalah harus,dan ini adalah pendapat yang rajih disisi fuqaha’. Dalam bab harus berubat ini terbahagi kepada tiga pandangan iaitu :

a) Harus mutlaq : Ianya merupakan pandangan jumhur ulama Hanafiah, Malikiah dan Hanabilah.

Dalil yang dikemukakan oleh mereka ialah:
“Tidaklah diturunkan oleh Allah ta’ala sesuatu penyakit kecuali diturunkan olehnya ubat” [2]

b) Sunat berubat : Ini merupakan pandangan al Kasani dari Hanafiah dan dari ulama’ Syafi’eyyah.

Mereka berhujjah dengan dalil :

Sabda Rasulullah s.a.w ,diriwayatkan oleh Abu Darda’ :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan penyakit dan ubatnya dan dijadikan bagi setiap penyakit itu ubatnya, maka berubatlah kamu dan jangan sekali kali berubat dengan sesuatu yang haram” [3]

“Tidaklah diturunkan oleh Allah Ta’ala sesuatu penyakit kecuali diturunkan olehnya ubat” [4]

c) Makruh berubat : Ianya terbahagi kepada dua pandangan iaitu:
1. makruh mutlaq. Ianya merupakan pandangan sebahagian dari ulama Salaf.
2. makruh, jika belum diturunkan penyakit.

WAJIB
Wajib berubat terbahagi kepada dua pendapat iaitu :

1. Wajib berubat secara mutlaq. Ini merupakan pendapat sebahagian ulama’ Hanabilah.
2. Wajib berubat jika diketahui akan sembuh selepas berubat. Ini merupakan pendapat sebahagian ulama’ Syafi’eyyah, sebahagian ulama’ Hanabilah dan Syeikhul Islam Ibn Taymiyyah.

Natijah dari perbincangan para ulama dan setelah dikumpulkan seluruh kalam fuqaha’,maka dapatlah disimpulkan bahawa hukum berubat dan mendapatkan rawatan bagi sesuatu penyakit adalah harus berdasarkan dalil dalil yang dikemukan tadi.

*Artikel ini adalah ringkasan dari kitab ‘al masail at tibbiyyah al mustajiddah’

post signature

..::bersediakah kita utk mati..??::..

Assalamualaikum wbt...
Munajatku padaNYA kali ini bertemankan air mata. Menginsafi diri apabila mengenang segala dosa yang dilakukan. Cukupkah amalan yang bakal dibawa ke destinasi abadi? Sesungguhnya kematian itu pasti, namun mengapa dan kenapa tidak ramai yang ingin memikirkan mati? Kenapa apabila bercakap tentang mati, semua menjadi gerun dan seram sejuk? Adakah kerana takut mati disebabkan takut rasa sakitnya, atau takut untuk meninggalkan dunia persinggahan, atau kerana takut akan seksa ALLAH pada segala dosa yang belum terampun?

Bertanya pada diri sendiri, sentiasa mengingati mati itu apa kelebihannya? Diri menjawab mengingati mati mendekatkan diri kepada Pencipta yang akan mematikan. Dengan sentiasa mengingati mati, diri akan sedar akan kerendahan martabatnya di hadapan al-Khaliq. “Kalau aku tak baca al-Quran sekarang, sempat lagi ke nak baca lepas ni?”, “Kalau aku tak bangun solat Subuh sekarang, ada lagi ke esok untuk aku?”, “Hutang aku pada dia, kalau tak bayar sekarang, sempat ke nak bayar lepas ni?”, “Kalau tak minta maaf dengan mak sekarang, nanti sempat ke?” Masya ALLAH! Banyaknya yang belum dilakukan!

Renungkan wahai sahabat, masa kita di dunia ini semakin singkat. Ajal juga semakin hampir kepada kita. Ajal tidak mengenal UMUR dan TEMPAT. Bila-bila masa sahaja kita akan dipanggil kembali ke tempat asal kita. Tidak kira di mana mahupun bagaimana. Saya sendiri, tidak tahu bila lagi saya boleh menaip nukilan hati saya di blog ini. Siapa tahu, mungkin juga ini kali terakhir saya menaip di sini, atau mungkin ada lagi peluang untuk saya selepas ini…? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui akan sesuatu, dan DIA yang Maha Berkuasa menentukan sesuatu. Maka, saya ingin menyeru sahabat-sahabat sekalian, sentiasalah mengingati ALLAH walau di mana kita berada. Tambahkanlah amal ibadat kita selagi mampu untuk kita bernafas. Selagi nyawa tidak sampai ke hujung tanduk, selagi itulah kita tingkatkan iman dalam diri. Tarbiah diri kita. Sucikan hati, istiqamahlah.

“Cukuplah MATI itu sebagai satu peringatan…” - semat dalam hati sentiasa.

post signature

..::kenapa aku::..

Assalamualaikum wbt..

KENAPA AKU DIUJI
QURAN MENJAWAB :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAMKAN
QURAN MENJAWAB :
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(Surah Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."(Surah Al-Baqarah ayat 286)

KENAPA RASA FRUSTASI?
QURAN MENJAWAB :
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."(Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"(Surah Al-Baqarah ayat : 45)

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... "(Surah At-Taubah ayat : 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."(Surah At-Taubah ayat 129)

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB :
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."(Surah Yusuf ayat 12)

post signature

..::cinta pada agamaku::..

Isu Murtad !!
Assalamualaikum.... renungilah dan hayatilah petikan dari internet ini..... kukuhkan keimanan dan bantulah sesama kita. Bismillahhirrohmani rahim...

Assalamualaikum w.b.t...Pernahkah anda dengar cerita Aisyah atau nama manjanya intan yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononya untuk menjaga perkauman, taknak terjadi kacau bilau. Kes aisyah yang murtad dan banyak lagi kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend. ia sebenarnya kes murtad yang sengaja ditutup oleh golongan pemimpin tertentu yang kita amanahkan untuk memimpin, mereka ini juga Islam, kita tak tahu kenapa sengaja membutakan hati dari melihat akidah umat islam di Malaysia terutamanya di serang hebat. Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya korang seorang islam yang peka dan sayang kan agama kita Islam, Buatlahlah sesuatu, paling kurang forward alamat ini kepada saudara kita yang tak tahu menahu kalau nak tahu cerita sebenar disebalik semua tu ataupun selemah-lemahnya berdoa agar kita semua serta saudara- saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.
Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di madrasah hidayah. Murtad dikalangan orang melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indek pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan tahun 89 ajer, 4776 orang melayu mohon tukar nama dari melayu kepada bukan melayu atas alasan keluar dari Islam. Tahun 1997 Bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga julai 1997, 3000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 sahaja timbalan menteri di jabatan perdana menteri Dato Nazri dalam menangkis hujah yang dikemukan oleh tokoh pilitik yang sensitif dengan kes murtad ini (nak bawa draf keizinan murtad) , tahun 1998 saja 516 orang sudah murtad. Noraishah bukan kes pertama murtad. sebelum ni dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aishah dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes NurAishah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang melayu sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut , yang kita tak nampak dengan menggunakan sistem perundangan dan kehakiman kita sendiri. kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1) bagaimana orang macam nur Aishah boleh murtad
2) bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem kehakiman kita untuk merampas anak orang islam untuk dimurtadkan?Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah. Nur Aishah adalah gadis melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya dalam keadaan macam tu tak murtad. Dihantar ke sekolah Agama, Dia belajar hingga peringkat 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak. Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Tuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam ( Haji Tahir).Dia juga hafal surah yasin dalam ertikata tahu ayat apa surah keberapa yang dibacanya, ayat apa yang azimat semua dia tahu. Itu hebatnya Aishah. Surah sajadah pun dia hafal. Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. dari segi keterampilan dia ...budak perempuan melayu biasa...pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C . Kakak dia pun macam ni juga keterampilannya. Tiap -tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu hari terakhir dia telefon 19 nov 1997,

"Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu intan dah kristian." Bayangkan hati seorang bapa. PM sendiri boleh heran macamana dia boleh murtad.Apa lagi kita. Aishah adalah simbol anak melayu yang telah didik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang haji bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk Tv menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis ...apa yang dia boleh buat? kes ini penting untuk orang tahu. Seorang menteri telah memesongkan fakta mengatakan nuraishah telah berkahwin secara Islam di selatan Thailand. Mengapa tok menteri ini sengaja kelabukan mata orang melayu? buta? disogok? tali barut?Kita sendiri pun tak tahu. Terpaksa lah ketua pengarah Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) sendiri buat kenyataan menafikan kenyataan tok menterinya. Dikeluarkan pada 13 Februari 1998 ....." kenyataan ini dikeluarkan oleh ketua pengarah JAKIM bagi menafikan laporan akhbar lepas yang memetik sumber akhbar kononya Nur Aishah dan kekasihnya telah berkahwin secara Islam di Sempadan Thai baru-baru ini." (13 februari 1998). Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah ini minta Aishah dibebaskan untuk dimurtadkan. Butir asal permohonan......

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam cina kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah) .Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 perlembagaan persekutuan iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah. Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nuraishah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nuraishah menolak dan meninggalkan agama Islam" : perenggan 6 Perenggan 23: "Saya Lennet teoh percaya bahawa Nur Aishah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibu bapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nuraishah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik". Tiada langsung disebut pasal kawin. Macamana seorang menteri melayu boleh putarkan fakta kata ia kes kawin lari? Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 perlembagaan persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur(18 tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekan orang melayu kita tahun 1957,perlembagaan itulah yang menjerut kita sendiri.

Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syarat dengan undang-undang kita, undang -undang syaraa' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan , rasmi parlimen dll.Tak lebih dari itu.bab kehidupan,politik, ekonomi....semua tak termasuk Article 4 pula menyatakan: "mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. ini termasuklah hukum syarak." Contoh kes Hartina Haji kamarudin. Haji Kamarudin pada masa ceramah ini dibuat ada dalam lokap didakwa mencederakan seorang hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang kerumah dalam keadaan hindu. Haji Kamarudian seorang penjual satay (tumpang kedai cina). Beliau ! Lepaskan anaknya lepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan Hartina balik...ke restoran bapanya dalam keadaan hindu dengan nandek kat dahi. Bukan itu saja . Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah hindu dengan nandek.
Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk.menggelupur dia depan kedai tu. Haji Kamarudin juga di pelupur oleh kawan-kawan si hindu tu samapai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga. Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya. Nak mempertahankan kekasih hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya, RM3 juta. remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi , dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari nama hindu. Haji Kamarudin ditangkap semula oleh polis sebab ada kejadian hindu laknatullah itu ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Tak mampus juga masih terlantar kat hospital. Yang kena kurung masuk lokap Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina . Haji kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat tu saja 4 tuduhan.
Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat. Dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa. Itulah dia kes pertembungan hukum syarak dan hukum manusia yang kita amalkan hari ini. Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah asal hindu nama Santana ada seorang isteri nama entah apa , ada anak lelaki nama Sunjay kalau tak silap usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya juga telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata nehe! Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci ni datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya. Yusof tak tahu apa nak buat, di minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya. Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak ni. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah Tinggi bagi pada si minachi ni. Kita heran sungguh. Bila si minachi ni nak ambil balik budak tu tak dapat, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa, cari! Yusof, tangkap Yusof masuk lokap 8 hari. Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ni budak tu kembali jadi hindu. Tak cukup dengan itu punya kurang ajarnya dia si minachi ni minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Alor Setar yang diberi pada Yusof..

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari kelantan umur 16 tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka , lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam negeri Kelantan , heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah agar anak dia masuk Islam tak sah . Masa tu Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menagis orang tua tu terpaksa buat peristiharan "Dibawah perlembagaan persekutuan hak seorang anak tertakluk bawah jagaan ibu-bapanya selagi belum cukup 18 tahun. kalau nak tukar agama kena minta kebenaran! ibu bapanya.Semasa Suzie Teoh masuk islam berumur 16 tahun dia tak sah peluk islam." Atas kearifannya , dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun dia panggil balik kes itu dan bagi peluang suzie istiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu dengan wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu baru umur 18 tahun. Sambil menangis budak tu kata" Saya yang arif , kekal dalam agama saya , saya masih nak nama Nur Aini. " maka Tun Salleh pun dengan bangga mengistiharkan Islamnya sah dan namanya Nuraini . Selamat akidah seorang budak Sebab itu juga Tun Salleh kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan ke dua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itu harga yang dia terpaksa bayar. Tapi sampai hari ni dia puas.

Kes terakhir sekali yang paling teruk ...kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anaknya perempuannya usia 5 bulan mati dipancong kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya hindu. Malam hari valentine 14 Februari sedang anak melayu bertukar-tukar bunga didataran merdeka, 3 saudara kita mati dipancong dalam sebuah kontena demi mempertegakkan agama. Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak melayu dibunuh kerana dia melayu bukan kerana dia Islam. Sejarah melayu tiada lagi orang melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab melayu. Inilah pertama kali. Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir , bapa kepada Amar diseret dihadapan anaknya. amar diugut supaya tukar agama kalau tidak bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata "Allah hu Ahad" Yasir kena pancung dipadang pasir. kemudiannya Sumaiah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung."Amar hanya mampu berkata "Allah hu Ahad". Berlari Amar menemui Rasullullah. Dan akhirnya mengikut sejarah amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah. Itu zaman puak quraish kafir laknatullah berkuasa, Rasullullah tiada kuasa pada masa itu. Rasullulah tak boleh buat apa. Tengoklah negara kita yang mengaku Islam ini dan dipimpin oleh pemimpin Islam ini ? dalam kes negara kita , Bukan sahaja Ibrahim dibunuh, siti solehah dipancung ..anak yang berusia 5 bulan juga dipancung leher hingga putus, tak cukup lagi tanganya juga dipancung. Tiada apa tindakan yang kita ambil setakat ini.

Cerita ini di adun oleh media sedemikian rupa supaya kita orang Islam tidak sedar agama kita di cabar. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa mintak masjid sembahyang jenazah kepada saudara -saudara kita yang mati syahid ini. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut sehinggakan walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara. Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu mesti ada yang tak kena dengan hati kita. Kita dah sampai peringkat saudara kita dipancong sedemikian rupa demi mempertahankan agama. Apa orang melayu buat? Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan majlis agama yang dia di ancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya. Terpaksa para jemaah kita di subang jaya sorokkan dia dalam kontena tapi mati juga keran tiada kawalan. Sehingga kini tiada sapa didakwa atas pembunuhan ngeri tersebut. Semua orang diam buat tak tahu dan biarkan ....tunggu cerita lain pulak keluar.
Orang melayu yang mengaku islam biarkan agama kita dicincang lumat dan di hina sedemikian rupa. Astagfirullah halazim....apa nak jadi dengan kita semua, dengan pemimpin kita yang sepatutnya ada kuasa pinda undang -undang kebebasan beragama itu. Kenapa buat tak tahu saja wahai pak menteri? kenapa orang kita asyik sebok jaga periuk nak untuk isi perut sahaja? Bangkitlah minta undang undang persekutuan yang berkaitan kebebasan beragama dalam article 11dan lain lain berkaitan itu dipinda supaya akidah orang Islam terbela. Setidak-tidaknya kita nak mati pun tak rasa ralat sangat dengan undang-undang yang kita sediakan untuk anak cucu kita nanti. Satu draf undang-undang murtad akan dibentangkan di parlimen oleh puak-puak yang mengaku Islam ini untuk meluluskannya. Undang-undang tu kata, sapa nak murtad boleh tapi kena denda RM 5,000 . Orang islam sendiri (puak puak pemimpin politik nu...) sanggup menilai keagungan Allah dengan nilai RM5,000 . ! Mereka nak laksanakan undang-undang murtad dengan denda RM5,000 dengan penjara 3 tahun. Bangga sungguh puak-puak ini sanggup mempermainkan hukum Allah dengan nama hukum Islam. Kalau kita ambil sama lewa ...kita takut bala Allah ni akan turun bila-bila saja. Sebagai contoh arak dengan bangga dijadikan penaja utama dunia. Dengan bangga dapat duit RM5 juta jadikan arak sebagai penaja utama dunia. Hadis Rasullullah dengan terang menyatakan arak sebagai ibu utama maksiat.
Wabak murtad datang dalam keadaan kita tak nampak. Tahu-tahu, Aishah dah murtad, Hartina, anak Yusof dimurtadkan tau-tau dah 4000 lebih. Disini letaknya kebenaran hadis Rasulullah. Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masadepan ) Rasullullh berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku disatu masa satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan malam di malam gelap gelita" tak nampak. Sahabat bertanya apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku dihari itu di waktu itu pada masa itu, pagi hari Islam petang kafir, petang islam pagi kafir balik. Sahabat bertanya lagi..mengapa begitu ya Rasullullah. Rasullullah menjawab "Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia". Imam ghazali pernah berkata dalam perkara ini "Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam diatas batu hitam dimalam gelap." Mana nak nampak.toksah kata semut hitam. Letak Sami Vellu bogel atas batu hitam pun kita tak nampak. Kalau dia senyum baru kita tahu ada manusia atas baru hitam dalam gelap. Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan. Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Bukan sahaja tak nampak, malah turut pertahankan gerakan murtad ini. Gerakan hindu kita toksah sebutlah belum habis cakap dah ada yang tunggu dengan parang kat luar.

Gerakan! yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta ford tu) pernah menulis berkaitan yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya "international jew"(tak silap saya). Unsur yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak yahudi. Takde kilang rokok yang bukan yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja baru letak bola sebijik 70 ribu Melayu tak sembahyang yang kat stadium Shah Alam, belum kira yang kat rumah lagi. Dia hantar Micheal Jackson sekor, kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan satu parti bergaduh kat mana mangkuk ayun ni nak buat pertunjukan. Bab kristian lebih terancang lagi , lebih terperinci. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan king entah ke apa nama ke 6 yang terakhir dan dia pun mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dalam emas di Lindon Belanda yang berkata : " kepada semua pemimpim-pemimpin kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) perang nak mati kita perang untuk hidup. Oleh itu hendaklah kita tukar strategi melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang islam." Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah king tu mati, 1942 kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang ditangan kristian, 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang , tak lama lepas tu tumbang kerajaan Islam Patani, tak lama selepas tu tumbang kerajaan Islam Kedah, tak lama lepas tu tumbang kerajaan Islam Mindanao. Lepas tu kerajaan Islam Acheh ...semuanya satu demi satu. macamana benda ni boleh terjadi? Sebab, gerakan kristian berdasarkan kepada 3 G. gospel,goal, glory.

Pertama kitab dia,kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalu kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke tanah melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita dia bukan makan kari, dia datang bawa mubaligh kristian Francis Avier ( kalau saya tak silap eja) dia, sebab nak sebarkan ajaran kristian. Kita orang melayu punya bangga dengan si mubaligh kristian ni siap buat kubur pulak kat melaka tu. Bukan mayat dia ada dalam tu , yang ada dalam tu entah baju dia entah spender dia. Dia mati kat Filipina. Bagaimana cara dia sebarkan kristian nih? Orang kita panggil gerakan halus ...dia panggil yang ditulis kepada semua mubaligh kristian yang nak datang ke Asia ni, cara dia guna kaedah "garam dan ragi".Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian.Contohnya kalau ubi kayu yang waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. Maksudnya dia kekalkan orang melayu dengan identiti Islam hakikatnya kehidupan kita bukan cara islam lagi. Cara inilah yang Rasullullah kata macam kepingan malam di malam gelita , inilah yang imam ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam dimalam gelita tu. Pertama melalui sistem pendidikan.

Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh kristian. Convent itu, Saint inilah. Menurut satu petikan seorang mubaligh kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh Gorge Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi................ "..pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang muslim melayu berkenaan meninggalkan sistem kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya, justeru itu ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu(kristian) yang diletakkan dalam gelap , penyebaran agama kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian bukan organisasi. Dirasa kesegarannya bukan bersikap kalam, dinamik dan etikal bukan bersifat formalistik pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya lantaran ia tidak menganjurkan ahli melayu tadi menjadi ahli baru kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat melayu dan seluruhnya. ajaran kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu kristian muslim melayu tempatan yang mencerminkan kristian muslim melayu sejati.." Sebenarnya dia hendak, akan datang suatu masa nanti orang melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi kristian.

Cara kebajikan pulak...hari ni sapa tak kenal kelab rotery..yang cuci buah pinggang, kelab lion , bulan sabit merah, saint john ambulan, sapa tak kenal palang merah mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Akhirnya sampai hari ni kita bergaduh sesama melayu. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Orang melayu sendiri yang sponsor maksiat. Seorang Mufti yang nak mempertahankan hukum Allah cegah anak melayu masuk pertandingan ratu cantik, bukan anak melayu tu yang kena, mufti kena buang. hari ni yang menghidupkan maksiat paling besar orang melayu, jeneral lagi, sedara dengan PM lagi sanggup mempertahan ibu maksiat paling besar dalam Islam. Sanggup mempertahankannya, patutnya kita yang lawan. Heran sungguh peel pemimpin yang kita pangkah dalam pilihanraya ni. Kitab bible pertama dalam bahasa melayu diterjemahkan oleh orang melayu....sapa? Karyawan agung....bukan main hebat...Munsyi Abdullah. Banyak saham dia. Sampai hari ni kita pertahankan apa yang dia buat. tu lah dia yang rasullulah kata pagi tadi dia sembahyang dengan kita petang dia jual agama. Pemimpin yang kita pilih itulah apa bila seorang guru nak masukkan draf mempertahan Islam dia tolak Bukan saja tolak hukum Allah dia tolak dengan tepukan. dan kita terus menerus lantik dia jugak. Bodoh sungguh kita semua.
Tengok lah hari ni...Bank Islam, Hospital Islam, pusat pajak gadai pun Islam. Bila orang tengok ..Malaysia Islam. Kita semua nampak macam ubi lagi tapi kita sebenarnya dah jadi tapai. Perlembagaan persekutuan itulah murtad yang paling besar. Sebab perlembagaan tulah Haji Bukhari menagis-nangis, sebab perlembagaan tulah Haji Kamarudin menagis, sebab perlembagaan tulah Yusof menangis, sebab perlembagaan tulah Ibrahim sekeluarga mati dibunuh. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan dengan mulut paling kurang dengan hati. Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun forwardkan alamat homepage ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka sebab ini semua tanggung jawab kita semua. Nak harapkan suratkabar? hampa sungguh kita sebab berita yang keluar semua dok puji pemimpin kita. Semua berita ditapis sedemikian rupa takut orang melayu kita sedar apa yang terjadi. Akhir sekali homepage ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja seangkatan sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.
Semua fakta dalam halaman ini adalah hakmilik saudara kita Zulkifli Nordin peguambela kes Aishah.
sekian wassalam..

post signature

..::doa harian::..

Assalamualaikum wbt..Dibawah ini dihimpunkan doa harian dalam bahasa melayu untuk diamalkan, semoga anda akan memperolehi manfaat daripadanya.

DOA BAGI ANAK YANG BARU LAHIR
Aku mohonkan perlindungan kepadaMu dengan kalimat-kalimat Allah agar terhindar dari godaan-godaan syaitan dan binatang berbisa; dan sorotan mata jalang yang berakibat buruk.

DOA MAKAN UBAT MOHON DISEMBUHKAN
Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan. Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan. Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan. Dengan nama Allah Tuhan yang tidak dimudaratkan oleh segala sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan Ia maha mendengar dan maha mengetahui.

DOA DALAM SEGALA WAKTU TERUTAMA SELEPAS SOLAT
Wahai Allah, sesungguhnya hamba memohon perlindungan pada Tuhan daripada ilmu yang tidak bermanfaat dan dari amal yang tidak diterima serta dari permohonan yang tidak didengar (dimakbulkan).

DOA KETIKA MEMULAKAN PEKERJAAN
Dengan nama Allah, aku mulai dan aku bertawakal kepada Allah, aku berpegang teguh kepada Allah, cukup Allah tempatku berpegang dan bertawakal, tidak ada yang lebih kuat dan kuasa hanya Allah yang maha tinggi dan Esa.

DOA MOHON PETUNJUK DAN KEKAYAAN JIWA
Ya Allah, aku mohon kepada engkau petunjuk dan taqwa, iffah (berhati-hati dalam segala hal) dan kekayaan jiwa.

DOA MENYEMBUHKAN DEMAM
(Jika suhu badan meningkat naik tanpa merasai sejuk, ayat-ayat al quran berikut dibaca)Katakanlah: Wahai api, jadilah dingin dan selamat untuk Ibrahim.

MOHON KEBAHAGIAAN SEPANJANG HARI
Wahai Allah, jadikanlah hari kita ini merupakan kebaikan, sedang pertengahannya merupakan kebahagiaan dan penghabisannya merupakan keuntungan.

DOA UNTUK MENERANGKAN PENGLIHATAN
Ya Nur (dibaca 11 kali setiap hari selepas mengerjakan sembahyang fardhu lima waktu)

DOA KETIKA TIMBUL PEMIKIRAN JAHAT

Aku berlindung diri pada Allah dari gangguan syaitan; dan aku berimah kepada Allah dan rasul Nya.

DOA KETIKA MENEGUK AIR

Ya Allah, berilah kami minum dan berkatilah kami dengan turunnya hujan.

DOA SEWAKTU MELIHAT KEMUNGKARAN
Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

DOA KETIKA BERHENTI DI SUATU TEMPAT
Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari bahaya apa yang telah dijadikan.

DOA KETIKA PULANG DARI PERJALANAN
Ya Allah, kami semuanya kembali, bertaubat, beribadat dan memuji syukur kepada Tuhan kami.

DOA AGAR TIDAK MEMBANTU ORANG BERDOSA
Musa Berdoa: "Ya Tujhan ku, demi nikmat yang telah Engkau anugerahkan kepadaku. aku sekali-kali tidak akan menjadi penolong bagi orang-orang yang berdosa.

TASBIH UNTUK HILANGKAN WAS-WAS
Maha suci Tuhan yang memiliki, Tuhan yang maha kudus, Tuhan yang menjadikan dan yang memperbuat. jika Ia mengkehendaki, dihilangkan Nya dan diganti Nya dengan kejadian yang baru. Tidaklah yang demikian itu menyusahkan bagi Allah SWT.

DOA MOHON MIMPI BERTEMU NABI SAW
Ya Allah sumber pancaran Nur, Ya Allah Tuhan yang mengatur semua perkara, Semuga Engkau sampaikan daripadaku salam dan tahiyyat kepada roh Nabi Muhammmad SAW an roh keluarga Nabi Muhammad SAW.

DOA MOHON DIBERI HIKMAH KEBIJAKSANAAN
Ya Allah, bukakanlah kepada kami hikmat Mu, dan limpahkanlah atas kami rahmat dari perbendaharaan rahmat Mu, Ya Allah Tuhan kami yang maha kasih sayang.

DOA MOHON DITETAPKAN IMAN
Ya Allah, Tetapkanlah kami dalam agama "Islam" dan peliharalah iman kami.

DOA MENGHADAPI MUSUH YANG MENGANCAM DIRI KITA
Cukup aku berpegang kepada Allah dari segala sesuatu, Allah mengalahkan segala sesuatu, tidak terhenti sesuatu kerana perintah Allah, tidak ada daya dan kekuatan, hanya daya dan kekuatan Allah yang maha tinggi dan maha besar.

DOA BADAN TERASA SAKIT
Ya Allah, Tuhan sekalian manusia , semuga Engkau hilangkan penderitaan ku dan Engkau sembuhkan aku, Ya Allah tuhan yang maha penyembuh. Tidak ada kesembuhan, hanya kesembuhan yang datang dari Engkau, kesembuhan yang tidak berulang lagi. didalam tangan Mu semua kebajikan dan Engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

DOA MOHON DITAMBAH ILMU DAN MUDAH MEMAHAMI
Ya Allah, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku faham dan pengertian yang baik.

DOA MOHON KEMUDAHAN DALAM BEKERJA DAN BERFIKIR
Ya Allah, tidak ada yang mudah, kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah, Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah.

DOA MOHON DILINDUNGI DARI ORANG JAHAT
Ya Allah Tuhan yang Nur Nya berada dalam rahsia Nya, dan rahsia Nya berada dalam makhluk Nya, lindungilah aku dari pengelihatan orang-orang yang mengintai dari hati orang hasut dan orang yang zalim, seperti Engkau melindungkan roh manusia dalam tubuhnya, sesungguhnya Engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

DOA MOHON DIHIDUPKAN HATI
Ya Allah Tuhan yang maha hidip, berdiri sendiri, pencipta langit dan bumi, Tuhan yang maha besar dan maha mulia, Ya Allah tidak ada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau, aku memohon kepada Mu semuga kiranya Engkau hidupkan akan hatiku dengan Nur hidayah Mu. Ya Tuhan ku yang maha kasih sayang.

DOA MOHON DIHILANGKAN RASA TAKUT TERHADAP SYAITAN
Aku berlindung dengan kalimah Tuhan yang maha sempurna daripada syaitan yang menggoda dan dari pandangan mata yang menyeramkan.

DOA MOHON KEKUATAN IMAN
Wahai Allah, berikanlah kepada hamba keimanan yang sebenar-benarnya yang tiada kekufuran sesudahnya itu serta merupakan rahmat yang dengannya itu hamba dapat memperoleh kemuliaaan tuhan di dunia dan akhirat.

DOA DIBUKA DADA UNTUK MENERIMA ILMU DAN DIBERI KASIHAN
Ya Allah, Bukakanlah dadaku, mudahkanlah urusanku dan hilangkanlah kekakuan pada lidah agar mereka faham akan perkataan ku.

UCAPAN KALIMAH TAHMMID SETELAH BANGUN TIDUR
Segala puju bagi Allah yang telah menghidupkan kami kembali setelah dimatikan Nya untuk sementara waktu, dan kepada Nya kami akan kembali.

DOA KETIKA DATANG MUSIBAH
Ya Allah, berilah ampunan kepadaku dan dia dan ikutkanlah aku bersamanya dengan akibat yang baik.

DOA JIKA MEMPUNYAI HAJAT YANG BESAR
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Mu iman yang aku guna untuk mencari kebenaran. Cahaya yang aku jadikan ikutan dan rezeki yang aku cukupkan.

DOA TOLAK BALA
Puji bagi Allah yang menyelamatkan aku dari apa yang ia memberi percubaan kepadaku, dan Ia telah mengutamakan aku dari segala banyak makhluk.

DOA MINTA MULIAKAN KELUARGA
Ya Allah! berikanlah bagi kami isteri dan anak-anak yang menyenangkan hati dan jadikanlah kami ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa.

DOA UNTUK PENGANTIN
Mudah-mudahan Allah memberkati engkau segala hal (yang baik) dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikkan.

DOA KETIKA MEMULAKAN SOLAT
Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada Mu dari bisikan-bisikan syaitan. dan aku berlindung kepada Mu (pula), wahai Tuhan ku dari kedatangan mereka kepadaku.

post signature

..::keindahan jari jemari::..

Assalamualaikum wbt..Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda, Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.

Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya" Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri.

Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah di pertanggung jawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Diperingkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang lima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???

post signature

..::jangan::..

Assalamualaikum wbt..

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..
2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.
7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
8. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

post signature

..::dosa2 besar::..

Assalamualaikum wbt..Mengikut imam Azzahabiyy dalam kitabnya "Al-Kabaair" beliau menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara seperti berikut:
01 - Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan
02 - Bersaksi palsu
03 - Berjudi
04 - Bersumpah palsu dan bohong
05 - Berbohong
06 - Bergambar di baju (bila sembahyang)
07 - Perempuan pelacur
08 - Berbuat buruk terhadap yang lemah
09 - Berdebat dan memusuhi
10 - Bersifat dayus
11 - Bercakap kasar dengan orang tua
12 - Dusta nama Allah dan rasulnya
13 - Derhaka pada suami
14 - Derhaka pada hamba Allah, anggap baik dirinya
15 - Hakim derhaka
16 - Homosek (seagama/sejenis)
17 - Mengurangi timbangan
18 - Lari seorang hamba dari tuannya
19 - Lelaki menyerupai wanita
20 - Lari dari medan perang di jalan Allah
21 - Membunuh manusia
22 - Membunuh diri sendiri
23 - Mengamalkan sihir
24 - Meninggalkan sembahyang lima waktu
25 - Meninggalkan sembahyang jumaat
26 - Menderhaka kepada kedua ibu bapa
27 - Memutuskan hubungan silaturrahim
28 - Melakukan zina
29 - Makan harta anak yatim secara tidak betul
30 - Makan dari kekayaan haram
31 - Memberi dan menerima rasuah
32 - Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
33 - Makan riba
34 - Minum arak
35 - Mencuri
36 - Merompak
37 - Melakukan kezaliman
38 - Melakukan pengkhianatan
39 - Menyebut-nyebut pemberian
40 - Mengingkari janji
41 - Memfitnah
42 - Mengutuk orang islam
43 - Merasa aman dari kemurkaan Allah
44 - Menipu harta rampasan
45 - Melampaui batas
46 - Menuduh zina terhadap orang baik
47 - Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)
48 - Mempercayai nujum dan sihir
49 - Menjadi bapa sanggup
50 - Mencari kesalahan orang lain
51 - Menganggu orang lain
52 - Menganggu tetangga
53 - Menyakiti dan memaki orang islam
54 - Mengintip dan membuka rahsia orang
55 - Mencaci sahabat Nabi
56 - Mengurangi wasiat
57 - Mengingkari takdir
58 - Putus asa dari rahmat Allah
59 - Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat
60 - Riak dan mempamerkan diri
61 - Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
62 - Sombong serta angkuh
63 - Sembelih untuk selain Allah
64 - Tidak mengeluarkan zakat
65 - Tidak berpuasa di bulan ramadhan
66 - Tidak mengerjakan haji jikalau mampu
67 - Tidak istinjak selepas kencing
68 - Tidak mendengar cakap ibu bapa
69 - Tipu daya
70 - Wanita menyerupai lelaki

post signature