..::doa harian::..

Assalamualaikum wbt..Dibawah ini dihimpunkan doa harian dalam bahasa melayu untuk diamalkan, semoga anda akan memperolehi manfaat daripadanya.

DOA BAGI ANAK YANG BARU LAHIR
Aku mohonkan perlindungan kepadaMu dengan kalimat-kalimat Allah agar terhindar dari godaan-godaan syaitan dan binatang berbisa; dan sorotan mata jalang yang berakibat buruk.

DOA MAKAN UBAT MOHON DISEMBUHKAN
Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan. Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan. Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan. Dengan nama Allah Tuhan yang tidak dimudaratkan oleh segala sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan Ia maha mendengar dan maha mengetahui.

DOA DALAM SEGALA WAKTU TERUTAMA SELEPAS SOLAT
Wahai Allah, sesungguhnya hamba memohon perlindungan pada Tuhan daripada ilmu yang tidak bermanfaat dan dari amal yang tidak diterima serta dari permohonan yang tidak didengar (dimakbulkan).

DOA KETIKA MEMULAKAN PEKERJAAN
Dengan nama Allah, aku mulai dan aku bertawakal kepada Allah, aku berpegang teguh kepada Allah, cukup Allah tempatku berpegang dan bertawakal, tidak ada yang lebih kuat dan kuasa hanya Allah yang maha tinggi dan Esa.

DOA MOHON PETUNJUK DAN KEKAYAAN JIWA
Ya Allah, aku mohon kepada engkau petunjuk dan taqwa, iffah (berhati-hati dalam segala hal) dan kekayaan jiwa.

DOA MENYEMBUHKAN DEMAM
(Jika suhu badan meningkat naik tanpa merasai sejuk, ayat-ayat al quran berikut dibaca)Katakanlah: Wahai api, jadilah dingin dan selamat untuk Ibrahim.

MOHON KEBAHAGIAAN SEPANJANG HARI
Wahai Allah, jadikanlah hari kita ini merupakan kebaikan, sedang pertengahannya merupakan kebahagiaan dan penghabisannya merupakan keuntungan.

DOA UNTUK MENERANGKAN PENGLIHATAN
Ya Nur (dibaca 11 kali setiap hari selepas mengerjakan sembahyang fardhu lima waktu)

DOA KETIKA TIMBUL PEMIKIRAN JAHAT

Aku berlindung diri pada Allah dari gangguan syaitan; dan aku berimah kepada Allah dan rasul Nya.

DOA KETIKA MENEGUK AIR

Ya Allah, berilah kami minum dan berkatilah kami dengan turunnya hujan.

DOA SEWAKTU MELIHAT KEMUNGKARAN
Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

DOA KETIKA BERHENTI DI SUATU TEMPAT
Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari bahaya apa yang telah dijadikan.

DOA KETIKA PULANG DARI PERJALANAN
Ya Allah, kami semuanya kembali, bertaubat, beribadat dan memuji syukur kepada Tuhan kami.

DOA AGAR TIDAK MEMBANTU ORANG BERDOSA
Musa Berdoa: "Ya Tujhan ku, demi nikmat yang telah Engkau anugerahkan kepadaku. aku sekali-kali tidak akan menjadi penolong bagi orang-orang yang berdosa.

TASBIH UNTUK HILANGKAN WAS-WAS
Maha suci Tuhan yang memiliki, Tuhan yang maha kudus, Tuhan yang menjadikan dan yang memperbuat. jika Ia mengkehendaki, dihilangkan Nya dan diganti Nya dengan kejadian yang baru. Tidaklah yang demikian itu menyusahkan bagi Allah SWT.

DOA MOHON MIMPI BERTEMU NABI SAW
Ya Allah sumber pancaran Nur, Ya Allah Tuhan yang mengatur semua perkara, Semuga Engkau sampaikan daripadaku salam dan tahiyyat kepada roh Nabi Muhammmad SAW an roh keluarga Nabi Muhammad SAW.

DOA MOHON DIBERI HIKMAH KEBIJAKSANAAN
Ya Allah, bukakanlah kepada kami hikmat Mu, dan limpahkanlah atas kami rahmat dari perbendaharaan rahmat Mu, Ya Allah Tuhan kami yang maha kasih sayang.

DOA MOHON DITETAPKAN IMAN
Ya Allah, Tetapkanlah kami dalam agama "Islam" dan peliharalah iman kami.

DOA MENGHADAPI MUSUH YANG MENGANCAM DIRI KITA
Cukup aku berpegang kepada Allah dari segala sesuatu, Allah mengalahkan segala sesuatu, tidak terhenti sesuatu kerana perintah Allah, tidak ada daya dan kekuatan, hanya daya dan kekuatan Allah yang maha tinggi dan maha besar.

DOA BADAN TERASA SAKIT
Ya Allah, Tuhan sekalian manusia , semuga Engkau hilangkan penderitaan ku dan Engkau sembuhkan aku, Ya Allah tuhan yang maha penyembuh. Tidak ada kesembuhan, hanya kesembuhan yang datang dari Engkau, kesembuhan yang tidak berulang lagi. didalam tangan Mu semua kebajikan dan Engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

DOA MOHON DITAMBAH ILMU DAN MUDAH MEMAHAMI
Ya Allah, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku faham dan pengertian yang baik.

DOA MOHON KEMUDAHAN DALAM BEKERJA DAN BERFIKIR
Ya Allah, tidak ada yang mudah, kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah, Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah.

DOA MOHON DILINDUNGI DARI ORANG JAHAT
Ya Allah Tuhan yang Nur Nya berada dalam rahsia Nya, dan rahsia Nya berada dalam makhluk Nya, lindungilah aku dari pengelihatan orang-orang yang mengintai dari hati orang hasut dan orang yang zalim, seperti Engkau melindungkan roh manusia dalam tubuhnya, sesungguhnya Engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

DOA MOHON DIHIDUPKAN HATI
Ya Allah Tuhan yang maha hidip, berdiri sendiri, pencipta langit dan bumi, Tuhan yang maha besar dan maha mulia, Ya Allah tidak ada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau, aku memohon kepada Mu semuga kiranya Engkau hidupkan akan hatiku dengan Nur hidayah Mu. Ya Tuhan ku yang maha kasih sayang.

DOA MOHON DIHILANGKAN RASA TAKUT TERHADAP SYAITAN
Aku berlindung dengan kalimah Tuhan yang maha sempurna daripada syaitan yang menggoda dan dari pandangan mata yang menyeramkan.

DOA MOHON KEKUATAN IMAN
Wahai Allah, berikanlah kepada hamba keimanan yang sebenar-benarnya yang tiada kekufuran sesudahnya itu serta merupakan rahmat yang dengannya itu hamba dapat memperoleh kemuliaaan tuhan di dunia dan akhirat.

DOA DIBUKA DADA UNTUK MENERIMA ILMU DAN DIBERI KASIHAN
Ya Allah, Bukakanlah dadaku, mudahkanlah urusanku dan hilangkanlah kekakuan pada lidah agar mereka faham akan perkataan ku.

UCAPAN KALIMAH TAHMMID SETELAH BANGUN TIDUR
Segala puju bagi Allah yang telah menghidupkan kami kembali setelah dimatikan Nya untuk sementara waktu, dan kepada Nya kami akan kembali.

DOA KETIKA DATANG MUSIBAH
Ya Allah, berilah ampunan kepadaku dan dia dan ikutkanlah aku bersamanya dengan akibat yang baik.

DOA JIKA MEMPUNYAI HAJAT YANG BESAR
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Mu iman yang aku guna untuk mencari kebenaran. Cahaya yang aku jadikan ikutan dan rezeki yang aku cukupkan.

DOA TOLAK BALA
Puji bagi Allah yang menyelamatkan aku dari apa yang ia memberi percubaan kepadaku, dan Ia telah mengutamakan aku dari segala banyak makhluk.

DOA MINTA MULIAKAN KELUARGA
Ya Allah! berikanlah bagi kami isteri dan anak-anak yang menyenangkan hati dan jadikanlah kami ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa.

DOA UNTUK PENGANTIN
Mudah-mudahan Allah memberkati engkau segala hal (yang baik) dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikkan.

DOA KETIKA MEMULAKAN SOLAT
Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada Mu dari bisikan-bisikan syaitan. dan aku berlindung kepada Mu (pula), wahai Tuhan ku dari kedatangan mereka kepadaku.

post signature

..::keindahan jari jemari::..

Assalamualaikum wbt..Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda, Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.

Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya" Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri.

Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah di pertanggung jawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Diperingkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang lima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???

post signature

..::jangan::..

Assalamualaikum wbt..

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..
2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.
7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
8. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

post signature

..::dosa2 besar::..

Assalamualaikum wbt..Mengikut imam Azzahabiyy dalam kitabnya "Al-Kabaair" beliau menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara seperti berikut:
01 - Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan
02 - Bersaksi palsu
03 - Berjudi
04 - Bersumpah palsu dan bohong
05 - Berbohong
06 - Bergambar di baju (bila sembahyang)
07 - Perempuan pelacur
08 - Berbuat buruk terhadap yang lemah
09 - Berdebat dan memusuhi
10 - Bersifat dayus
11 - Bercakap kasar dengan orang tua
12 - Dusta nama Allah dan rasulnya
13 - Derhaka pada suami
14 - Derhaka pada hamba Allah, anggap baik dirinya
15 - Hakim derhaka
16 - Homosek (seagama/sejenis)
17 - Mengurangi timbangan
18 - Lari seorang hamba dari tuannya
19 - Lelaki menyerupai wanita
20 - Lari dari medan perang di jalan Allah
21 - Membunuh manusia
22 - Membunuh diri sendiri
23 - Mengamalkan sihir
24 - Meninggalkan sembahyang lima waktu
25 - Meninggalkan sembahyang jumaat
26 - Menderhaka kepada kedua ibu bapa
27 - Memutuskan hubungan silaturrahim
28 - Melakukan zina
29 - Makan harta anak yatim secara tidak betul
30 - Makan dari kekayaan haram
31 - Memberi dan menerima rasuah
32 - Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
33 - Makan riba
34 - Minum arak
35 - Mencuri
36 - Merompak
37 - Melakukan kezaliman
38 - Melakukan pengkhianatan
39 - Menyebut-nyebut pemberian
40 - Mengingkari janji
41 - Memfitnah
42 - Mengutuk orang islam
43 - Merasa aman dari kemurkaan Allah
44 - Menipu harta rampasan
45 - Melampaui batas
46 - Menuduh zina terhadap orang baik
47 - Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)
48 - Mempercayai nujum dan sihir
49 - Menjadi bapa sanggup
50 - Mencari kesalahan orang lain
51 - Menganggu orang lain
52 - Menganggu tetangga
53 - Menyakiti dan memaki orang islam
54 - Mengintip dan membuka rahsia orang
55 - Mencaci sahabat Nabi
56 - Mengurangi wasiat
57 - Mengingkari takdir
58 - Putus asa dari rahmat Allah
59 - Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat
60 - Riak dan mempamerkan diri
61 - Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
62 - Sombong serta angkuh
63 - Sembelih untuk selain Allah
64 - Tidak mengeluarkan zakat
65 - Tidak berpuasa di bulan ramadhan
66 - Tidak mengerjakan haji jikalau mampu
67 - Tidak istinjak selepas kencing
68 - Tidak mendengar cakap ibu bapa
69 - Tipu daya
70 - Wanita menyerupai lelaki

post signature